Pages

Monday 28 May 2012

Tips-Tips Penjagaan Kulit Wajah.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Bertemu lagi pada post saya pada kali ini. Sebelum ini saya ada berkongsi tentang tips-tips untuk mengekalkan suasana romantik dalam rumah tangga. Diharap saudara dan saudari sekalian dapat mengambil tips-tips tersebut sebagai panduan. Bertemu pada post kali ini, saya ingin berkongsi tips-tips bagi menjaga kulit wajah.
  Memiliki wajah yang licin,cantik dan berseri sememangnya menjadi idaman khususnya pada kaum wanita. Tekstur kulit yang sempurna boleh member hasil solekan yang sempurna. Bagi memperoleh kulit wajah yang menjadi idaman tersebut,ianya bermula dengan penjagaan asas iaitu membersih, menyegar dan melembap. Ikuti langkah mudah dapat membantu anda.

1. Penggunaan pelembap.

a. Kulit normal.
Bagi sesiapa yang mempunyai kulit jenis ini,ketahuilah bahawa kulit anda mengandungi kandungan minyak semula jadi. Tetapi, adakalanya,ia menjadi kering kerana pelbagai factor,seperti cuaca,tekanan dan persekitaran. Bagi anda yang mempunyai kulit wajah yang normal, anda disarankan memilih pelembap jenis ringan dalam bentuk losyen.


b. Kulit kering.
Kulit jenis ini sanagt memerlukan penggunaan pelembap untuk menjada keanjalannya. Anda disarankan menggunakan pelembap yang mempunyai tekstur yang lebih berat seperti krim. Selain itu, penggunaan krim malam sebelum masuk tidur juga penting untuk diamalkan pada setiap malam. Krim mala mini berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda.


c. Kulit berminyak.
Penggunaan pelembap bagi kulit berminyak tidak terlalu perlu kerana kelenjar sebum yang terdapat di bawah lapisan kulit sudah aktif mengeluarkan minyak.Walaubagaimanapun, anda boleh meggunakan pelembap khas yang mengandungi agen penyerap minyak. Pilihlah pelembap yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losen atau gel dan yang penting pastikan ianya berasaskan air.





2. Tips-tips untuk solekan natural dan segar.

a. Persediaan kulit wajah.
Perkara utama yang perlua anda lakukan sebelum menyediakan solekan pada wajah ialah membersihkanwajah menggunakan pembersih lembut. Ini diikuti dengan penggunaan penyegar yang tidak mempunyai alkohol@alcohol free. Penggunaan bahan yang mengandungi alkohol akan membuat kulit menjadi kering,malahan tidak sesuai dengan kulit wajah,ia akan menyebabkan kulit mengelupas.Lebih teruk lagi sekiranya terjadi radang kulit. Justeru,pilihlah penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Ternyata, ianya lebih selamat. Sapukan pelembab untuk mencegah kulit kering.


b. Cerahkan wajah.
Yang anda mahukan ialah kulit yang cerah dari dalam, bukan berkilat kerana minyak? Benar bukan? Untuk mendapatkan kesan sebegini, sapukan ‘highlighter’ di atas tulang pipi, tulang alis dan bahagian tengah hidung sebelum menyapu edak pada wajah anda.


c. Periksa cela pada wajah.
‘Concealer’ berfungsi untuk menutup cela yang terdapat pada wajah tetapi penggunaan yang terlalu tebal dan banyak, ia hanya akan membuatkan mekap kelihatan seperti topeng. Cara terbaik, sapukan ‘concealer’ secara tipis di tempat yang ternoda sebelum menggunakan alas bedak.


d. Pilih bedak yang tepat.
Pemilihan bedak yang tepat amat penting bagi menyerlahkan solekan wajah. Sekiranya kulit anda berminyak, pilihlah bedak tabor yang ‘translucent’ untuk mencegah kulit semakin berminyak. Sapukan secara merata,lebih-lebih lagi di sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak menggunakan span besar.


e. Bermain dengan warna.
Tampil dengan mekap yang tips bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan seri wajah anda dengan memilih warna-warna yang kontra pada gincu bibir. Pilihlah yang berwarna lembut seperti merah jambu cerah. Untuk solekan mata, sebaiknya pilih jenis ‘matte’. Hindari pembayang mata ‘glossy’.

Begitulah sedikit sebanyak tips-tips yang dapat saya kongsikan kepada anda semua. Ingin tampil berbeza dengan sebelum ini?? Jadikan tips-tips ini sebagai panduan. Selamta mencuba….

Wassalam..

Thursday 24 May 2012

Tips-tips Untuk Mengekalkan Suasana Romantik Dalam Rumah Tangga

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
   
Pada ruangan kali ini,saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai tips-tips bagi mengekalkan suasana romantik dalam rumah tangga pada sepanjang masa. Bagi pasangan yang baru menjengah ke alam rumah tangga, bolehlah mengambil tips-tips ini sebagai paduan bagai menghangatkan hubungan rumah tangga ya..
Bagi pasangan yang tengah hangat bercinta pula, diharap tips2 ini bolehlah dijadikan guideline kepada anda berdua untuk menempuhi alam perkahwinan kelah..insya-allah...

Berikut merupakan tips-tips bagi mengekalkan suasana romantik dalam rumah tangga sepanjang masa.


1.       Berdua-duaan.
Perkara ini sememangnya amat disukai semasa sebelum berkahwin dulu.Tetapi janganlah pula selepas kahwin susah sekali ingin melakukannya. Janganlah ibarat `habis madu,sepah dibuang.`. Buat pasangan yang baru berkahwin,jadikanlah amalan ini sebagaimana ketika masa bercinta dahulu ya. Anda  haruslah mengambil masa untuk berdua-duaan dengan pasangan anda walaupun sekejap. Apa yang penting,anda dan pasangan dapat mempamerkan perasaan cinta antara satu sama lain. Janganlah masa bercinta je ye hangat,bila dah kahwin,makin lama,makin sejuk dan dingin pula…hangatkan kembali cinta!!

2.       Berkomunikasi.
Bagaimanakah anda dan pasangan berkenalan? Bagaimanakah anda dan pasangan berhubung? Sudah pastinya dengan komunikasi. Percayakah anda,komunikasi yang baik akan memungkinkan segalanya? Melayari bahtera rumah tangga ke puncak kebahagiaan memerlukan komunikasi..ya,saya ulangi sekali lagi,kebahagiaan rumah tangga memerlukan kopmunikasi. Komunikasi yang baik antara anda dan pasangan akan membangkitkan hubungan yang aman,sejahtera dan bahagia. Sebaliknya pula berlaku sekiranya tiada komunikasi yang baik antara anda berdua,hubungan akan menjadi sangat kelam. Oleh itu,sentiasalah berkomunikasi dengan pasangan anda walaupun perkara yang anda anggap remeh. Ini kerana,walaupun anda lihat sesuatu perkara itu sebagai suatu yang remeh,tetapi jikalau anda berkomunikasi dengan pasangan tentang perkara tersebut,pastinya pasangan anda akan berasa dihargai kehadirannya dalam hidup anda. Tak percaya?? Cubalah,dan lihat kesannya…

3.       Mengenal pasti kehendak dan keperluan pasangan.
Perkara ini mungkin menjadi masalah kepada sesetengah pasangan. Biarpun sudah bertahun-tahun lamanya berkahwin,tetapi masih juga belum dapat mengenalpasti kehendak dan keperluan pasangan. Sebagai contoh, anda mengetahui pasangan anda amat-amat sukakan makanan laut@seafood. Anda sebagai suami manakah mampu untuk menyediakan hidangan seafood masakan hotel tiap-tiap hari untuk anda dan pasangan anda. Dahlah sekali makan buffet seafood rata-ratanya rm50++, kalo tiap-tiap hari,kayaplah anda,melainkan anda CEO,berpendapatan jutaan ringgit sebulan. Kesian tengok bini asyik duk ulang makan ikan kembung ja tiap-tiap hari,maklumla,gila seafood la katakan…tidak mengapa.Anda sebagai suami haruslah bijak mengambil hati pasangan.ketahui kemahuannya dan keperlaannya. Makan seafood di hotel adalah kemahuan,tetapi makan makanan seimbang adalah keperluan.Jadi,tidak salah jika anda sebagai suami,memperuntukkan sejumlah wang dari sumber gaji anda untuk membawa pasangan ke hotel mewah untuk menikmati makanan kegemarannya bukan? Jikalau anda seorang perokok tegar,boleh tak jikalau anda save@ berjimat sedikit rokok anda tu? Gunakan wit yang anda peruntukkan untuk membeli rokok bagi tiap-tiap bulan itu untuk membelanja pasangan anda menikmati makanan kegemarannya di hotel. Jikalau anda sanggup berbuat demikian,nescaya pasangan anda akan merasa kehadirannya dalam hidup anda amat-amat membahagiakannya. Tiada yang lebih gembira apabila dapat menggembirakan hati pasangan anda.Bertindaklah!!

4.       Berani berhadapan dengan konflik.
Dalam sesebuah perhubungan,konflik memang tidak dapat dielakkan ibarat kata pepatah melayu, `lautan mana ynag tidak bergelombang,bumi mana ynag tidak ditimpa hujan. Setiap konflik pasti ada penyelesaiannya. Cuma,cara anda dan pasangan menangani konflik tersebut yang akan menentukan kebahagiaan hubungan anda.Jangan sesekali lari daripada berhadapan dengan konflik. Anda harus berani berhadapan dengan konflik tersebut,menyelesaikan konflik tersebut dengan cara yang terbaik dengan segera setiap kali ia muncul. Jika anda lari dari berhadapan dengan konflik,nescaya,pasti masalah akan menjadi lebih rumit dan keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila anda sudah terlambat pada saat anda hendak menyelesaikannya..

5.       Sentiasa memaafkan pasangan anda.
Tiada manusia yang sempurna,tiada manusia yang tidak akan membuat salah. Sebagai manusia biasa,kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan walaupun kecil. Kebanyakkan konflik yang berlaku adalah disebabkan kesalahan pasangan. Ianya bertambah parah pabila tiada maaf memaafi antara pasangan tersebut. Justeru,sebagai langkah bagi mengekalkan suasana romantik,dan mengekalkan kebahagiaaan hubungan anda dan pasangan,jadilah seorang yang pemaaf. Maafkan kesalahan pasangan. Jadilah seorangan yang penyayang dan pengasih. Tunjukkan rasa sayang anda pada pasangan dengan memaafkan dirinya..
Dah-dah le tu gado-gado…xpenat k?kan lebih baik kalo memaafkan kesalahan si dia? Gado lama-lama…sama-sama jugak terseksa..hehe…

6.       Bertanggungjawab.
Tanggungjawab..bila ianya disebati dalam diri seseorang,maka bertanggungjawablah orang itu. Salah satu cara dalam mengekalkan suasana romantik dlam rumah tangga adalah dengan menjadi seorang yang bertanggungjawab. Anda telah sah menjadi suaminya,anda telah berjanji untuk sehidup semati dengannya(cewaahh..jiwang le tu..hehe) tetapi,jika anda tidak bertanggungjawab,maka hubungan yang dibina akan semakin goyah,malahan lebih teruk lagi sehingga boleh menyebabkan penceraaian..Elakkan ianya berlaku!! Tunaikan tanggungjawab terhadap pasangan anda mengikut kemampuan anda sejajar dengan tuntutan agama. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai ketua keluarga dan begitu juga sebaliknya. The most important is…be matured..segalanya akan menjadi lebih mudah jika anda bersikap matang.

7.       Berikan komitmen sepenuhnya pada perkahwinan.
Ingatlah,anda tidak lagi bujang..tidak boleh lagi melepak malam-malam buta di kedai mamak…tidak boleh lagi dating sana-sini..ingat!! ANDA SUDAH BERKELUARGA!! Berikan komitmen pada keluarga anda. Letakkan keluarga sebagai urusan utama pada setiap hari. Janganlah terlalu sibuk bekerja sehingga berada di bilik tidur pun masih memegang fail syarikat lagi.Janagnlah terlalu sibuk bekerja sehinggan mengabaikan pasangan anda..Lakukan segalanya,all out di tempat kerja,tetapi tinggalkan segalanya berkaitan urusan kerja pabila habis waktu kerja,pabila waktu untuk anda luangkan bersama keluarga anda. Lakukan apa yang perlu untuk menguruskan keluarga. Lindungi,berikan kasih sayang dan pendorong kepada ahli keluarga. Nescaya,ianya dapat mengukuhkan hubungan anda dan pasangan disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan.

8.       Jaga penampilan diri.
Penampilan luaran dan dalaman perlu dijaga. Contohnya,si isteri boleh menghias diri ketika bersama suami di rumah dan gunakan wangi-wangian sesuai. Janganlah sebelum kahwin je berhias untuk pakwe ye..pakai mekap tebal-tebal sebelum kahwin..control abis…bila dh kawin..asal suami tengok je,pasti pakai baju kelawaq ngan bedak sejuk bertempek-tempek..mujur suami dh biasa.kalo tengah-tengah malam suami ternampak si isteri cmtu,x ke pengsan si suami dek terkejut melihat si isteri seperti hantu bedak..hehehe..gurau je..

9.       Perbanyakkan sentuhan kasih sayang.
Sentiasa menyentuh pasangan anda dengan perasaan sayang. Ketika anda berdua berjalan di luar,pegang tangan pasangan. Jangan dilepaskan kecuali perlu. Nih,ada gak sesetengah pasangan yang dah berusia langsung pegang tangan pasangan dia..dahla nk lintas jalan besar 4 line lak tu.. ego and malu sebabnya..ish..ish..ish..xpatot-xpatot..tunjukkan rasa sayang anda pada pasangan dengan selalu memegang tangannya ketika keluar bersama. Ucapkan kata-kata sayang dan JANGAN EGO untuk melakukan perkara ini walaupun kelak anda sudah berusia.

10.   Wujudkan suasana romantik di rumah.
Bagaimana untuk mewujudkan suasana romantik di rumah ya? Rumah bersepah,semak,berbau hapak..adakah anda selesa duduk di rumah ynag berkeadaan sebegitu? Semestinya tidak bukan? Justeru,pastikan rumah sentiasa berada dalam keadaan kemas,bersih dan teratur. Barulah anda dan pasangan akan berasa tenang ,selesa dan suasana romantik pun akan wujud. Wujudkan akitiviti mengemas rumah bersama-sama pasangan anda,nescaya suasana akan lebih ceria..Oleh itu, mulakanlah sekiranya rumah anda masih tidak bersuasana romantik..

Sekianlah sahaja post saya untuk kali ini. Diharap tips-tips yang saya kongsikan disini dapat dimanfaatkan oleh semua. Selamat mencuba….
Sekian,

Wassalam…

Monday 21 May 2012

Pengenalan Kepada Sistem Operasi.

As`kum dan salam sejahtera...

      Pada ruaangan kali ini,saya ingin mejelaskan kepada anda semua tentang  sistem operasi. Oh ya, sebelum menerangkan dengan lebih lanjut tentang sistem operasi ini,terlebih dahulu saya ingin bertanya kepada anda semua, apakah itu sistem operasi? Apakah fungsi utama sistem operasi dan di manakah kita akan menggunakan sistem operasi?

     Sistem oparasi atau lebih dikenali sebagai Operating system (OS) merupakan  sekumpulan perintah dasar yang berperan untuk menjalankan dan mengoperasikan komputer .Tanpa sistem operasi, sesebuah komputer mahupun perkakasan berkomputer tidak dapat berfungsi. Sistem operasi bertindak sebagai platform bagi sesebuah komputer untuk menjalankan oparasinya yakni menjalankan application untuk sesebuah komputer tersebut beroperasi.
  
     Terdapat banyak sistem operasi di pasaran pada masa kini, antaranya ialah Windows, Linux, Macintosh, Android, dan lain-lain. Diantara kesemua sistem operasi yang dinyatakan tadi, Windows merupakan sistem operasi yang amat popular dan paling lama diguna-pakai oleh sesebuah sistem. Maka tidak hairanlah, platform windows berkembang dengan pesat sejajar dengan peredaran masa. Windows 95, Windows 98,WIndows Me, Windows Xp, Windows Vista dan Windows 7 merupakan antara distrubusi yang dikeluarkan oleh windows.






     Terdapat juga sistem operasi yang berasaskan open-source seperti linux. Sistem operasi ini kebiasaannya digunakan untuk tujuan pendidikan. Sistem operasi ini terdapat berbagai versi. Antara yang popular ialah distribusi Ubuntu,Kubuntu,Mint,Knoppix,Debian,Fedora,Gentoo dan lain-lain. Untuk info lebih lanjut mengenai distribusi linux yang lain bolehlah merujuk di sini..http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_edaran_Linux





Mac OS X

Mac OS adalah singkatan dari Macintosh Operating System. Mac OS adalah sistem operasi komputer yang dibuat oleh Apple Computer khusus untuk komputer Macintosh dan tidak beroperasi dengan PC berbasis IBM. Diperkenalkan pada tahun 1984, Mac OS sejak tahun 2006 telah memiliki kesesuaian dengan arsitektur PowerPC maupun x86.
Mac OS X adalah versi terbaru dari sistem operasi Mac OS untuk komputer Macintosh. Sistem operasi ini pertama kali dikeluarkan pada tahun 2001. Karakter "X" adalah nombor Roman yang berarti sepuluh, di mana versi ini adalah penerus dari sistem operasi yang digunakan sebelumnya seperti Mac OS 8, Mac OS 9. Beberapa orang membacanya sebagai huruf "X" yang terdengar seperti "eks". Salah satu alasan mengapa mereka menafsir sedemikian karena tradisi untuk memberikan nama sistem operasi yang berbasis Unix dengan akhiran "x" (misalnya AIX, IRIX, Linux, Minix, Ultrix, Xenix). dan Mac OS X Server juga dikeluarkan pada tahun 2001. Pada dasarnya versi Server ini mirip dengan versi standardnya, dengan perbedaan bahwa versi Serverworkgroup dalam komputer berskala besar. Contoh ciri tambahan yang tersedia untuk versi ini adalah applikasi untuk menjalankan fungsi-fungsi seperti SMTP, SMB, LDAP dan DNS. Selain itu cara menjalankan applikasinya juga berbeza. merangkumi applikasi untuk keperluan pengurusan dan administrasi Mac OS X adalah sistem operasi yang menggunakan kernel BSD sehingga beberapa kalangan mengatakan bahwa Mac OS X termasuk dalam keluarga Unix. Hal yang menarik dari OS ini adalah keindahan tampilannya sehingga menjadikannya pilihan bagi mengganti pemuka desktop lain Versi terakhir Mac OS dilancarkan sekitar bulan Oktober 2007 dengan code Leopard dengan versi 10.5.

Berikut merupakan kronologi pembangunan Mac OS X:

  1. Mac OS X Server 1.0 code: "Rhapsody", dilancarkan: Mac1999.
  2. Mac OS X Public Beta code: "Kodiak", dilancarkan: September 2000
  3. Mac OS X 10.0 (update 10.0.1-10.0.2-10.0.3-10.0.4) code: "Cheetah", dilancarkan: Mac 2001.
  4. Mac OS X 10.1 (update 10.1.1-10.1.2-10.1.3-10.1.4-10.1.5) code: "Puma", dilancarkan: Oktober 2001. 
  5. Mac OS X 10.1 (update 10.1.1-10.1.2-10.1.3-10.1.4-10.1.5) code: "Puma", dilancarkan: Oktober 2001. 
  6. Mac OS X Server 10.1 (update 10.1.1-10.1.2-10.1.3-10.1.4-10.1.5) code: "Puma", dilancarkan: November 2001. 
  7. Mac OS X 10.2 (update 10.2.1-10.2.2-10.2.3-10.2.4-10.2.5-10.2.6-10.2.7-10.2.8) code: "Jaguar", dilancarkan: Ogos 2002.
  8.  Mac OS X Server 10.2 (update 10.2.1-10.2.2-10.2.3-10.2.4-10.2.5-10.2.6-10.2.7-10.2.8), dilancarkan Ogos 2002. 
  9. Mac OS X 10.3 (update 10.3.1-10.3.2-10.3.3-10.3.4-10.3.5-10.3.6-10.3.7-10.3.8-10.3.9) code: "Panther", dilancarkan Oktober 2003. 
  10. Mac OS X Server 10.3
    (update 10.3.1-10.3.2-10.3.3-10.3.4-10.3.5-10.3.6-10.3.7-10.3.8-10.3.9), dilancarkan Oktober 2003. 
  11. Mac OS X 10.4 (update 10.4.1-10.4.2-10.4.3-10.4.4-10.4.5) code: "Tiger", dilancarkan: April 2005.
  12. Mac OS X Server 10.4 (update 10.4.1-10.4.2-10.4.3-10.4.4-10.4.5) dilancarkan: April 2005
  13. Mac OS X 10.5 (code: "Leopard"; dilancarkanr pada Oktober 2007).




    Akhir kata,demikianlah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan kepada anda semua mengenai sistem operasi. Semoga berjumpa lagi di lain post ya..wassalam..


 

iNTRO TO my blog..



Intoduction to my first blog...


As`kum dan salam sejahtera...

           Nama diberi mirrul..berasal dari suatu tempat di malaysia ya...(memang ler cz dh lahir kt Perak..haha).. Dah2..kang melalut dari tujuan entri plak...Actually,this is my first try to make my own blog..and i just want to share everything in this blog..
          That all for my intro for this blog..hope that this blog can give something to all of you..Thank you..