Pages

Thursday 24 May 2012

Tips-tips Untuk Mengekalkan Suasana Romantik Dalam Rumah Tangga

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
   
Pada ruangan kali ini,saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai tips-tips bagi mengekalkan suasana romantik dalam rumah tangga pada sepanjang masa. Bagi pasangan yang baru menjengah ke alam rumah tangga, bolehlah mengambil tips-tips ini sebagai paduan bagai menghangatkan hubungan rumah tangga ya..
Bagi pasangan yang tengah hangat bercinta pula, diharap tips2 ini bolehlah dijadikan guideline kepada anda berdua untuk menempuhi alam perkahwinan kelah..insya-allah...

Berikut merupakan tips-tips bagi mengekalkan suasana romantik dalam rumah tangga sepanjang masa.


1.       Berdua-duaan.
Perkara ini sememangnya amat disukai semasa sebelum berkahwin dulu.Tetapi janganlah pula selepas kahwin susah sekali ingin melakukannya. Janganlah ibarat `habis madu,sepah dibuang.`. Buat pasangan yang baru berkahwin,jadikanlah amalan ini sebagaimana ketika masa bercinta dahulu ya. Anda  haruslah mengambil masa untuk berdua-duaan dengan pasangan anda walaupun sekejap. Apa yang penting,anda dan pasangan dapat mempamerkan perasaan cinta antara satu sama lain. Janganlah masa bercinta je ye hangat,bila dah kahwin,makin lama,makin sejuk dan dingin pula…hangatkan kembali cinta!!

2.       Berkomunikasi.
Bagaimanakah anda dan pasangan berkenalan? Bagaimanakah anda dan pasangan berhubung? Sudah pastinya dengan komunikasi. Percayakah anda,komunikasi yang baik akan memungkinkan segalanya? Melayari bahtera rumah tangga ke puncak kebahagiaan memerlukan komunikasi..ya,saya ulangi sekali lagi,kebahagiaan rumah tangga memerlukan kopmunikasi. Komunikasi yang baik antara anda dan pasangan akan membangkitkan hubungan yang aman,sejahtera dan bahagia. Sebaliknya pula berlaku sekiranya tiada komunikasi yang baik antara anda berdua,hubungan akan menjadi sangat kelam. Oleh itu,sentiasalah berkomunikasi dengan pasangan anda walaupun perkara yang anda anggap remeh. Ini kerana,walaupun anda lihat sesuatu perkara itu sebagai suatu yang remeh,tetapi jikalau anda berkomunikasi dengan pasangan tentang perkara tersebut,pastinya pasangan anda akan berasa dihargai kehadirannya dalam hidup anda. Tak percaya?? Cubalah,dan lihat kesannya…

3.       Mengenal pasti kehendak dan keperluan pasangan.
Perkara ini mungkin menjadi masalah kepada sesetengah pasangan. Biarpun sudah bertahun-tahun lamanya berkahwin,tetapi masih juga belum dapat mengenalpasti kehendak dan keperluan pasangan. Sebagai contoh, anda mengetahui pasangan anda amat-amat sukakan makanan laut@seafood. Anda sebagai suami manakah mampu untuk menyediakan hidangan seafood masakan hotel tiap-tiap hari untuk anda dan pasangan anda. Dahlah sekali makan buffet seafood rata-ratanya rm50++, kalo tiap-tiap hari,kayaplah anda,melainkan anda CEO,berpendapatan jutaan ringgit sebulan. Kesian tengok bini asyik duk ulang makan ikan kembung ja tiap-tiap hari,maklumla,gila seafood la katakan…tidak mengapa.Anda sebagai suami haruslah bijak mengambil hati pasangan.ketahui kemahuannya dan keperlaannya. Makan seafood di hotel adalah kemahuan,tetapi makan makanan seimbang adalah keperluan.Jadi,tidak salah jika anda sebagai suami,memperuntukkan sejumlah wang dari sumber gaji anda untuk membawa pasangan ke hotel mewah untuk menikmati makanan kegemarannya bukan? Jikalau anda seorang perokok tegar,boleh tak jikalau anda save@ berjimat sedikit rokok anda tu? Gunakan wit yang anda peruntukkan untuk membeli rokok bagi tiap-tiap bulan itu untuk membelanja pasangan anda menikmati makanan kegemarannya di hotel. Jikalau anda sanggup berbuat demikian,nescaya pasangan anda akan merasa kehadirannya dalam hidup anda amat-amat membahagiakannya. Tiada yang lebih gembira apabila dapat menggembirakan hati pasangan anda.Bertindaklah!!

4.       Berani berhadapan dengan konflik.
Dalam sesebuah perhubungan,konflik memang tidak dapat dielakkan ibarat kata pepatah melayu, `lautan mana ynag tidak bergelombang,bumi mana ynag tidak ditimpa hujan. Setiap konflik pasti ada penyelesaiannya. Cuma,cara anda dan pasangan menangani konflik tersebut yang akan menentukan kebahagiaan hubungan anda.Jangan sesekali lari daripada berhadapan dengan konflik. Anda harus berani berhadapan dengan konflik tersebut,menyelesaikan konflik tersebut dengan cara yang terbaik dengan segera setiap kali ia muncul. Jika anda lari dari berhadapan dengan konflik,nescaya,pasti masalah akan menjadi lebih rumit dan keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila anda sudah terlambat pada saat anda hendak menyelesaikannya..

5.       Sentiasa memaafkan pasangan anda.
Tiada manusia yang sempurna,tiada manusia yang tidak akan membuat salah. Sebagai manusia biasa,kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan walaupun kecil. Kebanyakkan konflik yang berlaku adalah disebabkan kesalahan pasangan. Ianya bertambah parah pabila tiada maaf memaafi antara pasangan tersebut. Justeru,sebagai langkah bagi mengekalkan suasana romantik,dan mengekalkan kebahagiaaan hubungan anda dan pasangan,jadilah seorang yang pemaaf. Maafkan kesalahan pasangan. Jadilah seorangan yang penyayang dan pengasih. Tunjukkan rasa sayang anda pada pasangan dengan memaafkan dirinya..
Dah-dah le tu gado-gado…xpenat k?kan lebih baik kalo memaafkan kesalahan si dia? Gado lama-lama…sama-sama jugak terseksa..hehe…

6.       Bertanggungjawab.
Tanggungjawab..bila ianya disebati dalam diri seseorang,maka bertanggungjawablah orang itu. Salah satu cara dalam mengekalkan suasana romantik dlam rumah tangga adalah dengan menjadi seorang yang bertanggungjawab. Anda telah sah menjadi suaminya,anda telah berjanji untuk sehidup semati dengannya(cewaahh..jiwang le tu..hehe) tetapi,jika anda tidak bertanggungjawab,maka hubungan yang dibina akan semakin goyah,malahan lebih teruk lagi sehingga boleh menyebabkan penceraaian..Elakkan ianya berlaku!! Tunaikan tanggungjawab terhadap pasangan anda mengikut kemampuan anda sejajar dengan tuntutan agama. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai ketua keluarga dan begitu juga sebaliknya. The most important is…be matured..segalanya akan menjadi lebih mudah jika anda bersikap matang.

7.       Berikan komitmen sepenuhnya pada perkahwinan.
Ingatlah,anda tidak lagi bujang..tidak boleh lagi melepak malam-malam buta di kedai mamak…tidak boleh lagi dating sana-sini..ingat!! ANDA SUDAH BERKELUARGA!! Berikan komitmen pada keluarga anda. Letakkan keluarga sebagai urusan utama pada setiap hari. Janganlah terlalu sibuk bekerja sehingga berada di bilik tidur pun masih memegang fail syarikat lagi.Janagnlah terlalu sibuk bekerja sehinggan mengabaikan pasangan anda..Lakukan segalanya,all out di tempat kerja,tetapi tinggalkan segalanya berkaitan urusan kerja pabila habis waktu kerja,pabila waktu untuk anda luangkan bersama keluarga anda. Lakukan apa yang perlu untuk menguruskan keluarga. Lindungi,berikan kasih sayang dan pendorong kepada ahli keluarga. Nescaya,ianya dapat mengukuhkan hubungan anda dan pasangan disamping mengeratkan hubungan kekeluargaan.

8.       Jaga penampilan diri.
Penampilan luaran dan dalaman perlu dijaga. Contohnya,si isteri boleh menghias diri ketika bersama suami di rumah dan gunakan wangi-wangian sesuai. Janganlah sebelum kahwin je berhias untuk pakwe ye..pakai mekap tebal-tebal sebelum kahwin..control abis…bila dh kawin..asal suami tengok je,pasti pakai baju kelawaq ngan bedak sejuk bertempek-tempek..mujur suami dh biasa.kalo tengah-tengah malam suami ternampak si isteri cmtu,x ke pengsan si suami dek terkejut melihat si isteri seperti hantu bedak..hehehe..gurau je..

9.       Perbanyakkan sentuhan kasih sayang.
Sentiasa menyentuh pasangan anda dengan perasaan sayang. Ketika anda berdua berjalan di luar,pegang tangan pasangan. Jangan dilepaskan kecuali perlu. Nih,ada gak sesetengah pasangan yang dah berusia langsung pegang tangan pasangan dia..dahla nk lintas jalan besar 4 line lak tu.. ego and malu sebabnya..ish..ish..ish..xpatot-xpatot..tunjukkan rasa sayang anda pada pasangan dengan selalu memegang tangannya ketika keluar bersama. Ucapkan kata-kata sayang dan JANGAN EGO untuk melakukan perkara ini walaupun kelak anda sudah berusia.

10.   Wujudkan suasana romantik di rumah.
Bagaimana untuk mewujudkan suasana romantik di rumah ya? Rumah bersepah,semak,berbau hapak..adakah anda selesa duduk di rumah ynag berkeadaan sebegitu? Semestinya tidak bukan? Justeru,pastikan rumah sentiasa berada dalam keadaan kemas,bersih dan teratur. Barulah anda dan pasangan akan berasa tenang ,selesa dan suasana romantik pun akan wujud. Wujudkan akitiviti mengemas rumah bersama-sama pasangan anda,nescaya suasana akan lebih ceria..Oleh itu, mulakanlah sekiranya rumah anda masih tidak bersuasana romantik..

Sekianlah sahaja post saya untuk kali ini. Diharap tips-tips yang saya kongsikan disini dapat dimanfaatkan oleh semua. Selamat mencuba….
Sekian,

Wassalam…

No comments:

Post a Comment