Pages

Monday 28 May 2012

Tips-Tips Penjagaan Kulit Wajah.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Bertemu lagi pada post saya pada kali ini. Sebelum ini saya ada berkongsi tentang tips-tips untuk mengekalkan suasana romantik dalam rumah tangga. Diharap saudara dan saudari sekalian dapat mengambil tips-tips tersebut sebagai panduan. Bertemu pada post kali ini, saya ingin berkongsi tips-tips bagi menjaga kulit wajah.
  Memiliki wajah yang licin,cantik dan berseri sememangnya menjadi idaman khususnya pada kaum wanita. Tekstur kulit yang sempurna boleh member hasil solekan yang sempurna. Bagi memperoleh kulit wajah yang menjadi idaman tersebut,ianya bermula dengan penjagaan asas iaitu membersih, menyegar dan melembap. Ikuti langkah mudah dapat membantu anda.

1. Penggunaan pelembap.

a. Kulit normal.
Bagi sesiapa yang mempunyai kulit jenis ini,ketahuilah bahawa kulit anda mengandungi kandungan minyak semula jadi. Tetapi, adakalanya,ia menjadi kering kerana pelbagai factor,seperti cuaca,tekanan dan persekitaran. Bagi anda yang mempunyai kulit wajah yang normal, anda disarankan memilih pelembap jenis ringan dalam bentuk losyen.


b. Kulit kering.
Kulit jenis ini sanagt memerlukan penggunaan pelembap untuk menjada keanjalannya. Anda disarankan menggunakan pelembap yang mempunyai tekstur yang lebih berat seperti krim. Selain itu, penggunaan krim malam sebelum masuk tidur juga penting untuk diamalkan pada setiap malam. Krim mala mini berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda.


c. Kulit berminyak.
Penggunaan pelembap bagi kulit berminyak tidak terlalu perlu kerana kelenjar sebum yang terdapat di bawah lapisan kulit sudah aktif mengeluarkan minyak.Walaubagaimanapun, anda boleh meggunakan pelembap khas yang mengandungi agen penyerap minyak. Pilihlah pelembap yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losen atau gel dan yang penting pastikan ianya berasaskan air.





2. Tips-tips untuk solekan natural dan segar.

a. Persediaan kulit wajah.
Perkara utama yang perlua anda lakukan sebelum menyediakan solekan pada wajah ialah membersihkanwajah menggunakan pembersih lembut. Ini diikuti dengan penggunaan penyegar yang tidak mempunyai alkohol@alcohol free. Penggunaan bahan yang mengandungi alkohol akan membuat kulit menjadi kering,malahan tidak sesuai dengan kulit wajah,ia akan menyebabkan kulit mengelupas.Lebih teruk lagi sekiranya terjadi radang kulit. Justeru,pilihlah penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Ternyata, ianya lebih selamat. Sapukan pelembab untuk mencegah kulit kering.


b. Cerahkan wajah.
Yang anda mahukan ialah kulit yang cerah dari dalam, bukan berkilat kerana minyak? Benar bukan? Untuk mendapatkan kesan sebegini, sapukan ‘highlighter’ di atas tulang pipi, tulang alis dan bahagian tengah hidung sebelum menyapu edak pada wajah anda.


c. Periksa cela pada wajah.
‘Concealer’ berfungsi untuk menutup cela yang terdapat pada wajah tetapi penggunaan yang terlalu tebal dan banyak, ia hanya akan membuatkan mekap kelihatan seperti topeng. Cara terbaik, sapukan ‘concealer’ secara tipis di tempat yang ternoda sebelum menggunakan alas bedak.


d. Pilih bedak yang tepat.
Pemilihan bedak yang tepat amat penting bagi menyerlahkan solekan wajah. Sekiranya kulit anda berminyak, pilihlah bedak tabor yang ‘translucent’ untuk mencegah kulit semakin berminyak. Sapukan secara merata,lebih-lebih lagi di sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak menggunakan span besar.


e. Bermain dengan warna.
Tampil dengan mekap yang tips bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan seri wajah anda dengan memilih warna-warna yang kontra pada gincu bibir. Pilihlah yang berwarna lembut seperti merah jambu cerah. Untuk solekan mata, sebaiknya pilih jenis ‘matte’. Hindari pembayang mata ‘glossy’.

Begitulah sedikit sebanyak tips-tips yang dapat saya kongsikan kepada anda semua. Ingin tampil berbeza dengan sebelum ini?? Jadikan tips-tips ini sebagai panduan. Selamta mencuba….

Wassalam..

No comments:

Post a Comment